Saturday, May 14, 2011

MPAJ PKR DAN KEZALIMAN

Nuffnang Ads

KONSPIRASI DAN SKANDAL BESAR DI MPAJ!!!

Cerita tentang 37 kontraktor akan ditamatkan perkhidmatan dan kontrak pembersihan di MPAJ, sudah sangat jelas. Statusnya sama seperti Kampung Sungai Kerandang yang akhirnya Khalid Ibrahim sendiri arahkan untuk pemusnahan. Tanah kampung tersebut dipajak-pajak dan PKR sedang berusaha mengumpul dana pilihanraya semaksima mungkin dari isu berkenaan. Dan itu jugalah yang berlaku dalam kontrak pembersihan 5 PBT yang diumumkan oleh Khalid Ibrahim baru-baru ini. Antara 5 PBT tersebut termasuklah MPAJ.
Berdasarkan maklumat dari dalam MPAJ sendiri, pada 17 Mei 2011 ini iaitu pada hari Isnin, YDP MPAJ Dato’ Mohamad Yacob (gambar di atas) dan pegawai Jabatan Perkhidmatan Bandar Drs. Sarodin Saari (gambar kanan) merancang untuk menjual dokumen sebutharga bagi kerja-kerja pembersihan kawasan.
Drs. Sarodin merupakan pegawai yang merobak kawasan pembersihan ini dengan memecahkecilkan jumlahnya supaya sebutharga dapat dibuat pada peringkat dalaman MPAJ sahaja. Daripada 37 kawasan, kini menjadi 76 kawasan.
Tindakan menukar tender kepada sebutharga mudah dibaca kerana ini dapat mengelakkan kontraktor-kontraktor luaran yang tidak berdaftar dengan UPENS (Unit Perancangan Ekonomi Selangor) terutama kontraktor BN darippada membeli dokumen sebutharga itu, memandangkan untuk berdaftar dengan UPENS memerlukan pengesahan daripada ADUN/YB Pakatan Rakyat setempat sahaja.
Yang selebihnya memudahkan kawasan-kawasan pembersihan harta rampasan perang ini dibahagi-bahagikan mengikut kuota termasuklah di kalangan YDP dan Sarodin. Pihak Alam Flora Sdn. Bhd juga masih tidak dimaklumkan atas perkara ini sama ada melalui lisan mahupun secara bertulis.
Pihak MPAJ masih belum mengeluarkan sebarang surat penamatan perkhidmatan kepada AFSB walaupun arahan daripada Kerajaan Negeri telah dibuat beberapa minggu lalu. Menariknya perjanjian antara MPAJ dengan AFSB amat jelas, iaitu bermula dari 2007 sehingga ke tarikh penswastaan, pihak majlis telah bersetuju menyerahkan kesemua urusan yang berkaitan dengan pembersihan kawasan dan sisa pepejal kepada AFSB melalui perjanjian ‘management agreement’.

No comments: