Thursday, July 12, 2012

Anwar Ramal BN Menang Di Selangor

Anwar Ramal BN Menang Di Selangor

Sebelum ini Menteri Besar Selangor pernah membayangkan yang Selangor tidak akan membubarkan DUN jika pilihanraya diadakan sebelum Jun 2012. Alasan beliau, kerajaan PKR perlu lebih masa untuk menunaikan segala janji dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat ke atas bahu mereka. Dan semalam, Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan bahawa Selangor tidak akan menyertai Pilihanraya ke-13 jika tuntutan Bersih tidak ditunaikan.

Tetapi, itu hanyalah apa yang tersurat, yang tersiratnya ialah, Anwar sudah meramalkan yang BN akan menang besar di Selangor.

Anwar boleh memberi apa jua alasan untuk Selangor tidak menyertai PRU, tetapi rakyat tetap melihatnya sebagai tanda-tanda yang Pakatan Rakyat sudah 'kecut perut' dan langsung tidak punya keyakinan untuk menghadapi pilihanraya kali ini. Entah ke mana hilangnya segala laungan yang mereka mendapat sokongan padu rakyat. Entah ke mana hilangnya keangkuhan yang ditonjolkan ketika kemenangan dalam PRU 2008 yang lalu.

Nampaknya keyakinan, laungan dan keangkuhan PR tenggelam bersama dengan isu pasir, isu air, isu judi, arak, pusat hiburan, rumah urut serta isu murtad. Tidak ketinggalan juga isu video seks, isu salahguna wang negeri oleh DAP sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock. Begitu juga dengan isu lama yang kekal hangat seperti isu Shamsidar dan isu biseksual Anwar Ibrahim.

Kemudian, dalam keghairahan Anwar memikat hati tuannya di barat, beliau terlupa yang wawancaranya dengan Wall Street Journal boleh dicapai oleh rakyat Malaysia hanya dengan satu 'klik' di komputer. Maka, pecahlah tembelangnya menyokong zionis dan sehingga kini isu ini tidak dapat ditanganinya dengan baik. Malah, habis kelam kabut dan pening lalat Nik Aziz, Hadi Awang dan semua ustaz-ustaz PAS kerananya.

Di celah-celah itu, isu pemecatan Dato' Dr. Hasan Ali juga memberi impak yang hebat terhadap sokongan Melayu terhadap PR, terutama sekali di Selangor.

Dan kini, isu kebodohan Anwar Ibrahim yang mencadangkan pemansuhan PTPTN pula timbul, sehingga menyaksikan pertengkaran hebat dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan semalam. Jelas, DAP dan PAS benar-benar 'bengang' dengan Anwar kerana mencadangkan perkara bodoh yang akhirnya memakan diri dan parti.

Sementara itu, BN pula semakin hari semakin mantap dan yakin bergaya. Tanpa perlu berbuat apa-apa BN hanya tersenyum menyaksikan PR memperbodohkan diri sendiri, berpusing keliling menepis peluru yang mereka tembak sendiri. Tergelak kita melihat mereka terlompat-lompat bila peluru mengenai kaki.

Di masa yang sama siri-siri demonstrasi yang digerakkan PR sama ada secara langsung atau dengan menggunakan penyamaran di bawah berbagai-bagai nama NGO untuk menggugat BN dan kepimpinan Dato' Seri Najib juga langsung tidak memberi kesan. Sudahnya, rakyat menjadi muak dengan gelagat para pendemonstrasi, sekali gus meluat dengan PR yang menjadi dalangnya.

Mungkin kerana itu, maka BN akhir-akhir ini telah mengambil sikap 'malas melayan' karenah manusia tidak berguna ini. Jika mereka ingin berdemo, biarkan sajalah, malah pihak berkuasa juga bersedia memberikan tempat untuk mereka berdemo dengan aman asalkan mereka bahagia. Yang pasti, di kala mereka berdemo, BN pula sibuk berkhidmat untuk rakyat.

Semua faktor inilah yang membuat Anwar atau PR Selangor cuak untuk menyertai PRU. Setelah puas mencuba membuat huru-hara dan melingkupkan negara, sedar-sedar sudah hampir Pilihanraya dan mereka belum pun membuktikan apa-apa kepada rakyat. Yang ada hanya janji-janji di dalam Buku Jingga yang bukan saja tiada jaminan tetapi tidak masuk akal sama sekali. Lebih buruk lagi, beberapa soal yang menjadi kontroversi dalam pakatan mereka seperti hudud juga masih belum dapat diselesaikan.

Semua yang dipaparkan di atas membuktikan hanya satu perkara, iaitu PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah walaupun sebuah negeri. Khalid Ibrahim sudah mengakuinya secara tidak langsung apabila membayangkan keengganan membubarkan DUN, dan kini Anwar pula berbuat yang sama. Alasan enggan sertai PRU kerana 'tuntutan Bersih tidak dipenuhi' sebenarnya hanyalah untuk menutup malu jika rakyat tahu yang mereka sudah takut.

Rupanya tahu juga si Anwar ini merasa malu, walaupun beliau nampaknya tidak malu langsung bila seluruh dunia menyaksikan dirinya 'beraksi' tanpa seurat benang dengan 'china doll'. Pesan beruang, kalau dah takut, buatlah cara takut. Tidak perlulah memberi berbagai-bagai alasan. Bukankah lebih baik dilihat sebagai penakut daripada dilihat sebagai bodoh?



Sebelum ini Menteri Besar Selangor pernah membayangkan yang Selangor tidak akan membubarkan DUN jika pilihanraya diadakan sebelum Jun 2012.  Alasan beliau, kerajaan PKR perlu lebih masa untuk menunaikan segala janji dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat ke atas bahu mereka.  Dan semalam, Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan bahawa Selangor tidak akan menyertai Pilihanraya ke-13 jika tuntutan Bersih tidak ditunaikan. 

Tetapi, itu hanyalah apa yang tersurat, yang tersiratnya ialah, Anwar sudah meramalkan yang BN akan menang besar di Selangor. 

Anwar boleh memberi apa jua alasan untuk Selangor tidak menyertai PRU, tetapi rakyat tetap melihatnya sebagai tanda-tanda yang Pakatan Rakyat sudah 'kecut perut' dan langsung tidak punya keyakinan untuk menghadapi pilihanraya kali ini.   Entah ke mana hilangnya segala laungan yang mereka mendapat sokongan padu rakyat.  Entah ke mana hilangnya keangkuhan yang ditonjolkan ketika kemenangan dalam PRU 2008 yang lalu. 

Nampaknya keyakinan, laungan dan keangkuhan PR tenggelam bersama dengan isu pasir, isu air, isu judi, arak, pusat hiburan, rumah urut serta isu murtad.  Tidak ketinggalan juga isu video seks, isu salahguna wang negeri oleh DAP sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock.  Begitu juga dengan isu lama yang kekal hangat seperti isu Shamsidar dan isu biseksual Anwar Ibrahim. 

Kemudian, dalam keghairahan Anwar memikat hati tuannya di barat, beliau terlupa yang wawancaranya dengan Wall Street Journal boleh dicapai oleh rakyat Malaysia hanya dengan satu 'klik' di komputer.  Maka, pecahlah tembelangnya menyokong zionis dan sehingga kini isu ini tidak dapat ditanganinya dengan baik.   Malah, habis kelam kabut dan pening lalat Nik Aziz, Hadi Awang dan semua ustaz-ustaz PAS kerananya. 

Di celah-celah itu, isu pemecatan Dato' Dr. Hasan Ali juga memberi impak yang hebat terhadap sokongan Melayu terhadap PR, terutama sekali di Selangor. 

Dan kini, isu kebodoha

Tuesday, July 10, 2012

Jual Tanah Untuk Menutup Kerugian UNISEL?

Cabaran Datuk Seri Noh Omar yang mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL bagi menjawab dakwaan kedudukan kewangannya yang nazak hingga saat ini masih belum bersahut.

Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain.

Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bilamana Khalid mencadangkan penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara PTPTN tempohari.

Bukankah sepatutnya orang bijak akan mengekalkan aset dan manfaatkannya untuk jana keuntungan berlipat kali ganda dan bukannya menggunakan jalan singkat menjualnya untuk menyelesaikan masalah yang berserabut dalam kepala.

Apabila Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mengungkit soal untung rugi UNISEL, asasnya kerana sebelum ini Khalid pernah menutup beberapa pusat kemahiran dan asrama Yayasan Selangor(YS) hanya disebabkan adanya kerugian.

Majoriti rakyat Selangor berkongsi satu kerisauan yang sama seperti Noh Omar bimbang sekiranya UNISEL bakal mengulangi sejarah YS sedangkan universiti tersebut baru sahaja di bina oleh BN pada tahun 1999.

Tanah tergadai ke tangan orang lain, nasib pelajar terumbang ambing dan pusat pendidikan runtuh menyembah tanah ataupun menjadi gajah putih. Inilah yang berlaku pada pusat pendidikan milik YS dan rakyat tidak mahu ianya berulang kembali.

Sementelah lagi apabila Khalid masih juga beria-ia mahu meneruskan penjualan tanah seluas 500 ekar milik UNISEL yang dikatakan bernilai RM30 juta sekalipun PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman, saat inilah keraguan kian bercambah terhadap kedudukan sebenar kewangan UNISEL.

Rekod sebelum ini pun menunjukkan kemasukan pelajar baru bagi setiap semester juga kian menurun. Pada tahun 2007 lebih 6,000 pelajar telah mendaftar masuk ke UNISEL, tahun-tahun selepasnya bilangan tersebut teramat jauh berkurangan.

Manakala itu, pada tahun 2009 UNISEL didakwa telah mengalami kerugian lebih kurang RM20 juta gara-gara kurangnya kemasukan pelajar baru selain faktor bebanan kos pengurusan yang tinggi sejak universiti tersebut dijadikan tempat orang politik menikmati kerjaya dan gaji yang tinggi.

Apabila kerajaan negeri dilihat tetap berkeras meneruskan penjualan aset berupa tanah tersebut, bukan salah orang ramai apabila mereka percaya ia sebenarnya berkait rapat untuk menutup kerugian yang sedang ditanggung oleh UNISEL gara-gara kelemahan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan keadaan sebenar. Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai sejak empat tahun lalu.

BUKAN SETAKAT ANWAR BERSARA, PKR & PAS PATUT DIBUBARKAN


Belum lagi pilihan raya umum, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, sudah mengangkat bendera putih.

Katanya mahu bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas menawan Putrajaya pada PRU-13 kelak.

Ada dua kemungkinan dalam senario ini - Anwar menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat akan kalah dan kenyataannya itu berupa satu amaran agar Pakatan Rakyat bekerja lebih keras atau ia satu lagi taktik Anwar untuk menarik simpati rakyat.

Apapun, anak beliau, Nurul Izzah, seperti yang dijangka mendesak agar ayahnya meneruskan perjuangan kerana PKR dan blok pembangkang masih memerlukan kepimpinannya.

Ini kerana tanpa Anwar, masa depan Nurul Izzah juga turut malap kerana kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan Naib Presiden PKR banyak bergantung kepada pengaruh ayah, bukan kebolehannya sebagai politikus.

Rakan kongsi PKR, PAS pula dilihat sebagai menangguk ikan di air keruh dengan membayangkan seolah-olah ia rela melepaskan Anwar daripada menerajui pakatan pembangkang dan menggantikan daripada kalangannya.

Bagi PAS (kecuali Nik Aziz), inilah peluang keemasan yang ditunggu bagi meletakkan parti itu sebagai penggerak utama Pakatan Rakyat setelah disisihkan oleh PKR dan DAP.

Parti rasis DAP pula tetap mahu Anwar mengepalai agenda 'Tawan Putrajaya' kerana mereka tahu beliau popular dengan pengundi Cina dan tanpanya parti itu akan kehilangan sokongan daripada kaum itu.

Jadi boleh disimpulkan, PAS dan DAP sebenarnya bukanlah rakan kongsi yang ikhlas menyokong Anwar kerana masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda tersembunyi.

Sebenarnya, PAS dan DAP melihat sebagai tokoh yang tidak lagi relevan dalam arus politik negara yang semakin berubah.

Mereka hanya akan menyokong Anwar selagi beliau boleh menyumbang kepada sokongan tambahan serta meningkatkan populariti parti masing-masing.

Jika Anwar dianggap memperkudakan PAS dan DAP, tetapi sebaliknya kedua-dua parti itulah yang mempergunakan ia selama ini.

Mungkin juga kenyataan persaraan Anwar adalah satu lagi pembohongan besarnya kepada rakyat sebagaimana ia telah lakukan dalam isu 16 September 2008.

Anwar menyebabkan rakyat berasa gusar dan bimbang, malah pelabur juga merasa ragu-ragu disebabkan khabar angin bahawa akan berlaku peralihan kerajaan.

Akhirnya tembelang Anwar pecah dan episod yang memalukan itu telah menghakis kepercayaan dan keyakinan rakat terhadap pembangkang.

Pembangkang kini dianggap sebagai 'Pakatan Penipu' yang pandai memainkan emosi rakyat, mrnabur janji palsu serta memutar belitkan fakta.

Jika diikutkan, bukan sahaja Anwar yang patut bersara, malah isterinya Wan Azizah, termasuk juga Azmin Ali, Nik Aziz, Abdul Hadi wajib bersara daripada pentas politik.

Ini kerana kehadiran mereka dalam arena siasah tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara terutamanay perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam.

Bangsa Melayu kini berpecah tiga angkara PAS dan PKR, dan apabila ini berlaku, kekuatan Melayu akan bertambah luntur dan pihak yang menggaut keuntungan ialah DAP.

Cukuplah 14 tahun Anwar menghuru harakan politik negara dan menggugat agenda 'Ketuanan Melayu'.

Apakah rakyat telah lupa, Anwar telah mengarahkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR untuk menghapuskan Ketuanan Melayu dalam ucapannya pada konvensyen 2010 parti itu?

Inilah rancangan sebenar Anwar untuk menghapuskan kekuatan bangsa Melayu dengan melenyapkan institusi raja-raja serta kedudukan utama Islam dan membuka ruang seluas-luasnya kepada DAP untuk melaksanakan program Malaysian Malaysia mengikut acuan Singapura.

Oleh sebab itu bubar sahaja PAS dan PKR, baru kekuatan Melayu akan pulih dan Umno akan benar-benar dapat menumpukan fokus membela nasib agama, bangsa dan negara.

Monday, July 9, 2012

PKR Makin Bercelaru Menjelang PRU 13

Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu tektik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.
Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.
Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.
Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.
Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama. 
Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.
Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.
Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.
Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.
Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'.
Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama 'calon dalam pertimbangan'.
Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.
Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.
Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.
Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.
Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya - guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.

GAGAL BELA RAKYAT, PEMBANGKANG MUNCUL SEBAGAI HERO REKA FITNAH


Rafizi Ramli, ayam tambatan PKR dan anak emas Anwar Ibrahim berkokok lagi, kali ini bukan ke atas diri seorang menteri tetapi terhadap Perdana Menteri sendiri.
Budak hingusan yang tidak tahu untung ini terus menerus bertindak melawan kerajaan seolah-olah mahu dijulang sebagai hero oleh partinya walaupun kepandaiannya adalah hasil biasiswa kerajaan yang diperolehinya melalui Petronas.
Seperti anak-anak muda lain yang pernah dirosakkan Anwar samada dari segi moral atau pemikiran mereka, Rafizi tergolong sebagai salah seorang pencacai beliau yang tersohor.
Malah tindakan Rafizi yang membuat siri pendedahan kononnya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan rasuah dalam pentadbirannya sudah dilihat seakan-akan menjurus ke arah meroyan dan fanatik.
Ia bukan lagi untuk mempertahankan integriti atau perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tetapi telah menjadi satu perlumbaan di kalangan pemimpin pembangkang siapa yang paling banyak membuat pendedahan.
Samada perkara yang didedahkan berlandaskan kepada fakta atau berunsur fitnah dan tohmahan bukanlah satu perkara yang penting.
Yang maha penting bagi pembangkang sesuatu isu itu ada kene mengena dengan kerajaan BN dan lebih beruntung bagi mereka bagi mereka jika isu tersebut mempunyai nilai negatif.
Menghidu sesuatu yang boleh memberi kelebihan politik kepada mereka, pembangkang tidak menunggu lama tetapi terus menerkam untuk menuduh kerajaan dan menconteng imej seburuk yang mungkin.
Tujuannya hanya satu iaitu untuk meraih undi dan simpati rakyat pada pilihan raya umum akan datang dengan harapan dapatlah mereka merasa kerusi empuk di Putrajaya.
Tindakan individu seperti Rafizi bukan didorong oleh perasaan tanggungjawab dan cinta kepada negara tetapi agenda peribadi dan politik yang jijik.
Biar kerajaan Malaysia dan pemimpinnya yang dipilih secara sah oleh rakyat dihina, dicaci dan difitnah, hatta di persada antarabangsa sekali pun, namun pembangkang sedikit pun tidak berasa salah malah mendapat kepuasan luarbiasa daripada perbuatan mereka.
Pernahkah Rafizi terfikir beliau telah melakukan kesalahan dengan melanggar Akta Institusi Kewangan 1989 apabila beliau mendedahkan 21 dikumen yang berkaitan dengan akaun milik NFCorp dengan dibantu oleh seorang kakitangan bank berkenaan yang juga penyokong PKR.
Beliau dengan mudah sekali berkata 'terlupa' untuk menyemak akta tersebut sebelum membuat pendedahan butiran akaun dan menyebarkan salinan kepada pihak media.
Akibatnya, seorang menteri kabinet yang tidak bersalah terpaksa meletak jawatan dan seorang kakitangan bank yang telah berkhidmat 20 tahun serta mempunyai keluarga hilang pekerjaan dan berdepan dengan risiko dipenjara 5 tahun dan denda RM5 juta.
Kini setelah NFC tidak lagi menjadi isu glamer bagi Rafizi dan bosnya, Anwar, maka mereka beralih pula untuk menghentam Perdana Menteri, dengan harapan kejayaan mereka mendesak seorang menteri melepaskan jawatan boleh juga diulangi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Semua ini dilakukan berdasarkan pembohongan atau dalam bahasa pakar propaganda 'half truths' yang dipintal atau 'spin' supaya dilihat sebagai 'credible' atau berwibawa dan seterusnya boleh diyakini oleh rakyat.
Objektifnya adalah untuk mngalih pandangan rakyat daripada isu yang lebih besar yang membelenggu pembangkang terutamanya janji-janji yang mereka gagal laksanakan yang dibuat semasa pilihan raa lalu dan skandal kewangan dan rasuah yang terpalit pada pemimpin mereka.
Umpamanya Anwar sehingga kini terus membisu mengenai dakwaan memiliki aset bernilai RM3 bilion dalam 20 akaun besar semasa menjadi Menteri Kewangan ataupun pendedahan video seks dengan seorang pelacur berbangsa Cina.
Azmin Ali pula membisu mengenai pemilikan wang, harta yang aset yang besar serta saham jutaan ringgit di bawah nama isterinya.
Begitu juga di Selangor, Anwar membisu mengenai isu geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang dpercayai adalah dana politik PKR yang dicuri daripada perbendahaan negeri.
Hakikatnya semakin banyak isu yang dibongkar oleh pembangkang, semakin rakyat sedar bahawa mereka sebenarnya amat terdesak atau 'desperate' untuk mencari populariti.
Setelah gagal membuktikan kemampuan mereka membela nasib rakyat, pembangkang tidak ada pilihan lain kecuali mereka-reka fitnah terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.
Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang menjadi jaguh kebajikan mereka bukannya saudagar yang menjual mimpi dan fantasi yang belum pasti menjadi realiti.
ends
Salam takziah buat pengerusi biro ugama pemuda umno bahagian pandan ustaz kamal di atas pemergian ke ramahtullah ayahanda tercinta....semuga tabah menghadapi ujian allah dan semuga arwah di cucuri rahmat...

Tuesday, April 17, 2012

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PANDAN

SELAMAT BERMESYUARAT AGONG TAHUNAN PADA SELURUH CAWANGAN CAWANGAN BAHAGIAN PANDAN ,,,KPD YG TELAH SELESAI MENYADAKAN MESYUARAT TAHNIAH DI UCAPKAN